Pada tanggal 16 Mei, Sekolah Menengah Agama Nilai telah melancarkan Hari Guru Peringkat Sekolah. Hari guru ini diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk menghargai jasa guru yang telah mendidik dan memberi ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. Majlis ini telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya sukaneka antara guru dan pelajar seperti "boling padang menggunakan buah kelapa, sambutlah sayang menggunakan telur dan isi air dalam botol menggunakan span". Suasana pada pagi itu sangat meriah dengan gelagat para guru yang melucukan.
Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan oleh pengetua SMAN Ustaz Mohamad Jamil Othman dan dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia" oleh semua guru dan diikuti dengan ikrar guru. Dalam pada itu, para pelajar juga turut membuat persembahan dengan lakonan yang mencuit hati dan persembahan choral speaking. Tidak ketinggalan juga persembahan nasyid yang cukup menghirburkan oleh pasukan nasyid sekolah "Soutul Fauzan".
Pn.Wan Moh Bt Wan Deris telah dianugerahkan " Anugerah Guru Mithali 2011"
