Wednesday, November 9, 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Pada tanggal 16 Mei, Sekolah Menengah Agama Nilai telah melancarkan Hari Guru Peringkat Sekolah. Hari guru ini diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk menghargai jasa guru yang telah mendidik dan memberi ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. Majlis ini telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya sukaneka antara guru dan pelajar seperti "boling padang menggunakan buah kelapa, sambutlah sayang menggunakan telur dan isi air dalam botol menggunakan span". Suasana pada pagi itu sangat meriah dengan gelagat para guru yang melucukan.
Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan oleh pengetua SMAN Ustaz Mohamad Jamil Othman dan dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia" oleh semua guru dan diikuti dengan ikrar guru. Dalam pada itu, para pelajar juga turut membuat persembahan dengan lakonan yang mencuit hati dan persembahan choral speaking. Tidak ketinggalan juga persembahan nasyid yang cukup menghirburkan oleh pasukan nasyid sekolah "Soutul Fauzan".
Pn.Wan Moh Bt Wan Deris telah dianugerahkan " Anugerah Guru Mithali 2011"


Penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2010

Pada 9 Februari 2011 SMAN telah menerima kunjungan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Kehadiran mereka adalah untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak sekolah atas pencapaian cemerlang dalam PMR 2010.
Sekolah Menengah Agama Nilai telah mendapat penghargaan atas kejayaan cemerlang dalam PMR yang lalu. Antaranya atas kejayaan sekolah mendapat Gred Purata Sekolah 1.89. Selain itu kita juga telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan PMR kerana berjaya mencapai keputusan cemerlang mengatasi pencapaian negeri. Warga SMAN amat terharu atas kejayaan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010.
Jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan juga kepada guru-guru yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi mendidik anak-anak bangsa.

Tuesday, November 8, 2011

Bengkel Pembinaan Blog 2011

Bengkel Pembinaan Blog 2011 kali ke-2 telah diadakan pada 9 & 10 November 2011 bertempat di PKG Nilai. Semua guru-guru telah diajar untuk membina laman blog pss.